Sunday, February 13, 2005

Constantine

Baru aku sedar .. aku dah tengok cerita ini lagi awal dari orang kat US .. muhahahhahahahaha.

Anyway ... ceritanya ok (aku bagi 7/10) dan diadaptasi dari novel grafik Hellblazer tapi aku expected lagi banyak action !!! Action kurang sangat !!! Cerita ni memang tahyul habis .... satu hamprak pun tak boleh percaya tapi kalau tengok cerita ni dengan open mind .. you will enjoyed it.


**** SPOILER ALERT ****

OK le .... kisahnya mengenai pasal mamat ketagih rokok yang bernama John Constantine. Dia ni ada kuasa yang canggih .. iaitu dia boleh tengok demon and angel ... ala ... lebih kurang macam si budak tu dalam sixth sense leee....

Mamat ni sepatutnya dah mati masa muda (selama 2 minit) kerana bunuh diri tapi entah macam mana dia hidup balik. Nak pendekan cerita .... dia ni dah guarantee masuk hell bila dia mati satu hati nanti (sebab membunuh diri hukumnya terus masuk hell).

Oleh kerana itu, dia cuba le tebus dosanya dengan hapuskan demon, semoga dia dapat beli tiket utk masuk ke heaven.

Entah macam mana Mamman (anak Lucifer ... king of demon) nak masuk ke dunia ini dengan mengunakan "the spear of destiny" dan perempuan Psychic (heroin le tu) yang powerful. Utk meng"complex"kan lagi cerita di .. angel Gabriel tolong Mamman sebab si Gabriel ni jealous dengan manusia. Jadi ... tugas Constantine adalah utk menyelamat dunia dari angkara mereka. Perrgghhhhh ... hindustan pun tak macam ni.

** END OF SPOILER ALERT *****

Aku pelik kenapa cerita-cerita berunsur Kristian ni banyak sangat ditayangkan sekarang .... seperti cerita ni, Passion of Christ dan tak lama lagi Da Vinci Code. Aku risau aje budak-budak muda kita akan terpengaruh, especially kalau yang mempunyai akidah yang lemah. Perlu ingat ... ini hanya le hiburan saje dan berhati-hati dengan propanganda mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home