Saturday, February 19, 2005

HP IPAQ H6365

Aku punya dream pda phone adalah O2 XDA II mini ... tapi aku dapat HP Ipaq H6365 !!!

Bukannya aku beli ... tapi dapat free !!!! So .. apa nak buat, terpaksa le pakai .. dah nasib badan .... muhahahahahahaa !!!

IPAQ ni merupakan PDA aku yang pertama. Mula-mula dapat, tak erti aku tak pakai. Nak set appointment pun tak pandai. Yang paling susah .. nak transfer contact business card ke IPAQ dari phone Nokia 6820 aku .... Ehem !!! phone Nokia ni pun aku dapat free. Kekadang pelik juga aku dibuatnya. Banyak betul free phone yang aku dapat.

Guna bluetooth ... kena tansfer satu per satu, tak boleh mass transfer !!! Last option .. terpaksa le guna IR tranfer (yup, terpaksa buat satu per satu). Ini le option yang paling cepat.

Hari ni aku nak pergi Sg Wang ... nak beli 1G SD card. Sambil-sambil tu nak tengok lanun kat sana sama ada game "Knight of the Old Republic II: The Sith Lords" dah keluar.

Sunday, February 13, 2005

Constantine

Baru aku sedar .. aku dah tengok cerita ini lagi awal dari orang kat US .. muhahahhahahahaha.

Anyway ... ceritanya ok (aku bagi 7/10) dan diadaptasi dari novel grafik Hellblazer tapi aku expected lagi banyak action !!! Action kurang sangat !!! Cerita ni memang tahyul habis .... satu hamprak pun tak boleh percaya tapi kalau tengok cerita ni dengan open mind .. you will enjoyed it.


**** SPOILER ALERT ****

OK le .... kisahnya mengenai pasal mamat ketagih rokok yang bernama John Constantine. Dia ni ada kuasa yang canggih .. iaitu dia boleh tengok demon and angel ... ala ... lebih kurang macam si budak tu dalam sixth sense leee....

Mamat ni sepatutnya dah mati masa muda (selama 2 minit) kerana bunuh diri tapi entah macam mana dia hidup balik. Nak pendekan cerita .... dia ni dah guarantee masuk hell bila dia mati satu hati nanti (sebab membunuh diri hukumnya terus masuk hell).

Oleh kerana itu, dia cuba le tebus dosanya dengan hapuskan demon, semoga dia dapat beli tiket utk masuk ke heaven.

Entah macam mana Mamman (anak Lucifer ... king of demon) nak masuk ke dunia ini dengan mengunakan "the spear of destiny" dan perempuan Psychic (heroin le tu) yang powerful. Utk meng"complex"kan lagi cerita di .. angel Gabriel tolong Mamman sebab si Gabriel ni jealous dengan manusia. Jadi ... tugas Constantine adalah utk menyelamat dunia dari angkara mereka. Perrgghhhhh ... hindustan pun tak macam ni.

** END OF SPOILER ALERT *****

Aku pelik kenapa cerita-cerita berunsur Kristian ni banyak sangat ditayangkan sekarang .... seperti cerita ni, Passion of Christ dan tak lama lagi Da Vinci Code. Aku risau aje budak-budak muda kita akan terpengaruh, especially kalau yang mempunyai akidah yang lemah. Perlu ingat ... ini hanya le hiburan saje dan berhati-hati dengan propanganda mereka.

Tuesday, February 01, 2005

C'mon Chelsea !!!!

The Quad is on !!! 4 trophies in one season !!!

Mak oooii ... banyak tu

Carling Cup + League Cup + FA Cup + Champion League = Chelsea

Seronok betul sokong Chelsea season ni ... menang memanjang. Bukan macam sokong Malaysia (oookokkokok .. I still hasn't get over it) ... leading 2 - 0 pun boleh kalah !!!



Sekarang orang sibuk pasal video evidence dalam sukan bola sepak. IMHO .. patut diadakan. Reason FIFA tak nak adakan video evidence sebab taknak kacau kelancaran permainan. OK ini aku punca cadangan :

1. All goals and awarding penalties must go through video playback

2. Lineman is still requires but he must be absolutely 100 % sure before flagging anyone for outside. No video playback requires.

3. In an event the linesman does not flag outside and a team scored a goal. Please refer to No. 1 because video playback will determine no one is in the outside position or any other offence committed before the goal is allow.

4. Each manager is given one video playback request. The manager can use this option anytime but if its overruled, a yellow card will be given the the manager's player that involved in the video playback. (Ini lebih kurang macam American football tapi simplified version)