Sepet The Review
Sebelum masuk panggung wayang, aku ingat aku pergi tonton filem Melayu....tak sangka pula sebenarnya aku tengok filem English buatan Malaysia. Lihat aje pada dialog .... Majoritinya berdasarkan English. Malah subtitle untuk semua pertuturan Cina juga dalam English. Hey...aku bukannya merungut ... hanya nak menyampaikan fakta.
Aku ni bukan orang seni, oleh itu .... metaphor ke, abstract ke atau simbolik tak penting langsung bagi aku. Yang paling penting, bila aku tengok sesuatu filem aku enjoy dan tak mengantuk.
Ok le ..... Macam mana pula dengan filem Sepet? Aku sukakan Sepet, memang berbeza dari cerita typikal Malaysia. Paling penting ... Inilah cerita wayang Malaysia pertama yang aku tengok tak guna dubbing. At last, takde dubbing....yeah!!!! Takde lagi masalah pelakon bercakap tapi mulut masih tertutup.
'Opening Credit' filem Sepet pula sangat creative dan pembaruan yang menyegarkan. I just love it. Kedua-dua character utamanya iaitu Orked dan Jason, dibawa dengan jayanya oleh 2 pelakon baru. Watak mereka hidup dan membuat kita percaya yang mereka ini benar-benar wujud di bandar Ipoh. Tak le macam sesetengah filem Malaysia yang asyik control macho/ayu.
Aku tak boleh lari dari membuat anggapan yang cerita ini ada dua jalan cerita, iaitu 'chinese arc' dan 'malay arc'. Aku rasa jalan cerita dalam 'chinese arc' adalah jauh lagi baik dari 'malay arc' .... Lagi 'real', 'believable' dan menarik. Mamat yang bawa watak Jason tu memang terror berlakon. Berbanding dengan Orked (although she acted very good in this film but l believe, she just being herself as an urban English speaking Malay girl), watak Jason lagi mencabar. Aku rasa dia ni boleh menang banyak award kerana membawa watak Jason.
Cinematography dan camera angle shot dalam filem ini memang cantik tapi kenapa mutu gambar dan warna filem ini amat menduka-citakan .... masalah budget ?
Ada beberapa scene yang tak berapa kena .... Pelik le .... dan ada pula yang over melodramatic.
Pelik bila banyak sangat adegan berkemban (Orang zaman sekarang mana ada berkemban oiiii !!!!); ataupun Orked yang baru keluar sekali aje dengan Jason dah panggil dia 'Sayang'. Over melodramatic pula bila Orked dan emaknya menangis teresak-esak dalam kereta selepas baca surat Jason ..... Lama pulak tu !!!!
Bagi aku, penamat filem ini merupakan kelemahan dalam cerita ini. Pada aku le, sedikit anti-climax. Aku ni memang tak suka cerita tergantung dan alangkah terperanjatnya aku bila cerita Sepet habis dengan tiba-tiba !!!! Aku rasa 'ending'nya macam 'rushed job' aje.
Setengah orang kata, si director memberi ruang kepada penonton berimaginasi untuk membuat cerita penamat mereka sendiri .... Hmmmmmmm....apa kata kalau aku berimiginasi yang Jason mati dan hantu Jason yang jawab phone tu ..... Lepas tu, hantu Jason ikut Orked ke London dan kacau semua mat salleh kat sana ...... Do I smell a sequel ?
Lastly, Sepet adalah satu filem buatan Malaysia yang baik tapi aku tidak boleh mengkategorikannya sebagai satu filem yang hebat (a good but not a great film). Satu filem yang boleh dibanggakah dan pujian harus diberikan kepada Yasmin. Aku beri 7.8/10 dan mengalakkan semua untuk tonton filem ini.
Best Touching Moment
Jason menitiskan air matanya dipangkuan emaknya
Best Scene
Kawan Jason dikejar dan dibelasah oleh samseng
Best Comedy
Seluar dalam Harith lskandar
Best Love Scene
Jason dan Orked duduk di tepi tasik "How long does its
take for you to fall in love with me ? ...... Less
than that" (ehem .. what do u expect !!!)
P.S. Semua review ni aku buat dalam PDA aku ... pergh ... baru le aku tahu memang best ada PDA !!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home