Anda seorang peminat fanatik Sepet jika :
- Anda mengeja nama filem kegemaran anda seperti ini ... "SePeT"
- Anda sekarang sering berkemban di rumah...walaupun anda seorang lelaki
- Anda jimat duit dengan tidak membeli payung...bila hujan, sarung aje plastik kat kepala.
- Kalau baca surat, anda dan emak anda gerenti menangis teresak-esak ....terutama kalau ianya adalah surat hutang.
- Semua nama anak perempuan anda bermula dengan nama bunga seperti Orked, Jasmine, Melur etc.
- Satu bandar anda cari Nokia yang tahan lasak .... Yang masih boleh berdering walaupun terhentak kuat di jalan raya.
- "Mawar adalah merah, violet adalah biru. Saya ada kawan, awaklah kawan itu" .... sekarang anda sedar; anda memang takde bakat untuk hobby baru anda.
- Bila beli VCD, anda mesti tanya kat penjualnya "Eh .....SPM lu dapat berapa A huh ?"
- Anda disaman polis kerana berbaju kurung dan membonceng motorsikal sebijik macam Orked di studio gambar.
- Dapat surat amaran dari jabatan komputer kerana mencari di internet perkataan seperti "pengkid" dan "MILF"

1 Comments:
i like awek sepet...how la???
Post a Comment
<< Home